CARA BUAT DUIT UNTUK PELAJAR

Ketahui cara buat duit untuk pelajar universiti dan kolej malah yang masih bersekolah pun boleh, tanpa perlu mengorbankan masa belajar anda. Pilih cara yang bersesuaian yang mampu mencapai matlamat anda.

9 Cara Yang Praktikal Untuk Pelajar Universiti / Kolej Buat Duit

Dalam pada kita nak buat duit sampingan bagi menampung keperluan semasa belajar, pastikan cara tersebut berbaloi dan tidak sebaliknya. Elak terjebak dalam program-program MLM tidak berdaftar dan yang berunsur money game. Pilih cara buat duit untuk pelajar yang praktikal, tidak membebankan dan terbukti menjana hasil seperti dibawah.

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on telegram
Buat Duit Untuk Pelajar

01. Tempahan Kek & Pastri

Kek, pastri dan kuih-muih bukan saja mudah laku dijual malah seronok dibuat. Anda boleh buat sendiri atau ajak rakan buat bersama untuk dijual. Ambil tempahan dan jual kepada orang sekeliling. Gunakan platform media sosial seperti WeChat, Facebook & WhatsApp untuk tempahan. Ketahui cara yang betul yang menjimatan masa, tenaga dan kos seperti yang disediakan dalam PANDUAN INI. 

02. Delivery Makanan

Bisnes delivery makanan semakin popular. Hakikatnya semua orang perlu makan dan anda boleh mengambil kesempatan untuk buat duit hasil dari penghantaran makanan yang dihasilkan sendiri. Lihat CARANYA.

03. Personal Tutor

Anda boleh mengambil upah menjadi personal tutor mengajar pelajar sekolah rendah dan menengah di rumah mereka. Ini cara menjana pendapatan yang evrgreen bagi pelajar-pelajar universiti dan kolej. Untuk bantu anda kickstart, baca PANDUAN INI.

04. Buat Duit Dengan Video

Jika anda suka merakam video, inilah cara yang menarik untuk anda buat duit dengan modal yang sangat kecil atau boleh dilakukan tanpa sebarang modal pun! Apa yang penting anda boleh sediakan masa dan komitmen untuk hasilkan video dan post di laman seperti YouTube. Buat sekali, income berkali-kali! Pasti berbaloi jika anda tahu cara yang betul melakukannya. Ketahui lebih lanjut DISINI.

05. Penulis Content

Dengan pelbagai platform media sosial, penulis content kini sangat diperlukan dan boleh dilakukan pada bila-bila masa dan boleh dibuat dimana-mana sahaja! Ini bermakna anda boleh fokus pada pembelajaran dan melakukannya pada masa terluang. Ketahui cara yang betul untuk lakukannya DISINI.

06. Jual Tudung & Aksesori

Tudung, aksesori dan kosmetik adalah satu kemestian untuk wanita! Produk-produk seperti ini sentiasa diperlukan dan sentiasa boleh dijual.  Boleh dijual kepada rakan-rakan dan orang ramai secara fizikal dan tempahan melalui media sosial. Tak mengambil masa yang lama dan mudah dilakukan. Anda hanya perlu tahu lubuknya dan cara promote yang betul seperti dalam EBOOK INI.

07. Jurugambar Part Time

Jika anda ada minat dan kemahiran dalam fotografi, anda boleh buat pendapatan sampingan sebagai jurufoto. Kebanyakan job adalah pada hujung minggu, tak mengambil masa yang lama dan bayarannya pun sangat berpatutan. Ketahui cara dapatkan peralatan dengan harga termurah, cara dapatkan job dan info lanjut DISINI.

08. Jual Makanan Asas

Makanan asas sentiasa ada permintaan dan mudah dijual. Anda boleh sediakan makanan asas seperti nasi lemak, mee goreng, laksa, sandwich dan sebagainya untuk dijual kepada rakan-rakan, jiran serta orang ramai. Boleh disediakan dirumah sewa atau stall mudah alih. Boleh buat secara tempahan dan Cash On Delivery atau terus jual ditempat yang ramai pembeli. Burger sebagai contoh adalah hidangan yang popular dan mudah disediakan. Lihat PANDUAN INI. 

09. Perniagaan Dropship

Dengan dropship, anda hanya perlukan modal yang kecil, malah ada yang tak perlukan modal pun. Dan yang best, tak perlukan masa yang lama untuk jana pendapatan. Terkini, anda boleh lakukan secara automatik hampir semua operasi dropship dari segi pemilihan barang yang hot sehinggalah collect bayaran. Anda cuma perlu join yang dah bertapak lama dan terbukti jana jualan yang konsisten tanpa mengorbankan masa pembelajaran anda seperti DROPSHIP INI.

Info Terkini Terus Ke Email Anda!