JANA PENDAPATAN SURI RUMAH

Menjadi suri rumah sepenuh masa tidak semestinya anda tidak boleh jana pendapatan. Ada suri rumah yang menjana pendapatan lebih dari suaminya yang bekerja sepenuh masa! Mempunyai pendapatan sendiri di zaman  ketidaktentuan ekonomi sekarang adalah sangat perlu. Sekurang-kurangnya anda ada pendapatan dan simpanan apabila diperlukan nanti. 

6 Cara Jana Pendapatan Untuk Suri Rumah

Masa yang anda ada sebagai suri rumah adalah sangat berharga kerana perlu diseimbangkan dengan melayani keluarga dan masa terluang yang anda boleh guna untuk jana pendapatan. Elakkan program-program yang membuang masa dan tenaga, sebaliknya fokuskan masa yang ada dengan membina pendapatan pada perniagaan yang sememangnya terbukti mendatangkan hasil.

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on telegram
Jana Pendapatan Suri Rumah

01. Tempahan Makanan & Pastri

Sebagai suri rumah, menyediakan makanan sebagai pendapatan tambahan adalah lebih mudah. Apatah lagi kini dengan adanya media sosial, anda boleh promote dan jual kepada jiran-jiran dan mereka yang tinggal berdekatan. Menjual makanan seperti kek & pastri adalah menyeronokkan, boleh disimpan lama dan mudah dibuat dirumah. Jadi, untuk jana ratusan Ringgit setiap hari adalah sangat praktikal! Anda hanya perlu tahu cara yang betul yang menjimatkan masa, tenaga dan kos seperti yang disediakan dalam PANDUAN INI. 

02. Tuisyen & Bimbingan

Walaupun dengan adanya gajet dan aplikasi pembelajaran online, anak-anak masih memerlukan panduan dan bimbingan. Dan pada kebanyakan masa, ibu-ibu bekerjaya memerlukan bantuan untuk mengajar anak-anak mereka mengaji, pembelajaran tambahan samada menghadapi peperiksaan atau sekadar memantau menyiapkan tugasan sekolah. Ini peluang anda membantu mereka. Pembelajaran boleh diadakan dirumah anda, dirumah pelajar atau secara video conferencing. Untuk bantu anda kickstart, baca PANDUAN INI.

03. Buat Duit Dengan Video

Jika anda suka merakam video, inilah cara yang menarik untuk anda buat duit dengan modal yang sangat kecil atau boleh dilakukan tanpa sebarang modal pun! Apa yang penting anda boleh sediakan masa dan komitmen untuk hasilkan video dan post di laman seperti YouTube. Buat sekali, income berkali-kali! Pasti berbaloi jika anda tahu cara yang betul melakukannya. Ketahui lebih lanjut DISINI.

04. Buat Duit Dengan Menulis

Bolehkah dengan hanya menulis, akan menjana pendapatan untuk anda? Walaupun dah begitu banyak dan berbagai-bagai jenis buku diluar sana? Dengan pelbagai platform media sosial, penulis content kini sangat… sangat… diperlukan dan kerjaya ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan boleh dibuat dimana-mana sahaja! Walaupun anda sebagai suri rumah tak pandai menulis dan tak tahu apa nak tulis! Dan yang bestnya dengan menulis pun anda boleh jana pendapatan pasif sehingga 5 angka setahun. Tak percaya? Baca DISINI.

05. Jual Pakaian & Aksesori Wanita

Siapa lagi yang lebih faham kaum wanita melainkan wanita itu sendiri? Samada anda seorang suri rumah atau wanita bekerjaya; pakaian, tudung, aksesori dan kosmetik adalah satu kemestian! Produk-produk seperti ini sentiasa diperlukan dan sentiasa boleh dijual.  Anda hanya perlu tahu lubuknya dan cara promote yang betul seperti dalam EBOOK INI.

06. Perniagaan Dropship Dari Rumah

Dengan dropship, anda hanya perlukan modal yang kecil, malah ada yang tak perlukan modal pun. Dan yang best, tak perlukan masa yang lama untuk jana pendapatan. Terkini, anda boleh lakukan secara automatik hampir semua operasi dropship dari segi pemilihan barang yang hot sehinggalah collect bayaran. Anda cuma perlu join yang dah bertapak lama dan terbukti jana jualan yang konsisten tanpa mengorbankan masa anda di rumah seperti DROPSHIP INI.

Info Terkini Terus Ke Email Anda!