SEBAB BISNES ONLINE GAGAL

Anda baru nak mulakan bisnes online atau dah mula tetapi hasil yang diperolehi mengecewakan? Ini adalah masa yang tepat untuk anda lihat dan elak faktor-faktor yang boleh menyebabkan bisnes online anda menjurus ke arah kegagalan.

20 Sebab Bisnes Online Gagal & Cara Elak Sebelum Terjadi

Dibawah ini adalah antara sebab-sebab yang sering menyumbang kepada kegagalan bisnes online, namun setiap bisnes itu adalah unik dan adalah tidak terhad kepada sebab-sebab ini sahaja. Ini adalah artikel yang agak panjang, tetapi sangat berbaloi untuk dibaca jika anda betul-betul serius nak berjaya. Jadi, jangan lupa bookmark atau share supaya anda boleh rujuk semula jika tak sempat habis baca semua.

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on telegram
Sebab Bisnes Online Gagal

01. Tiada Matlamat & Hala Tuju Yang Jelas

Ini sering terjadi kepada mereka yang “menjual” semata-mata untuk dapat duit short term. Tanpa matlamat yang jelas, anda pastinya tak tahu apa yang sepatutnya dicapai dan sukar untuk mengukur pencapaian semasa. Contoh matlamat jangka sederhana yang jelas, spesifik dan boleh diukur adalah seperti berikut; 

“Memasarkan tudung eksklusif secara online kepada golongan wanita bekerjaya berusia 22-34 tahun yang menetap di negeri Melaka dengan menjana keuntungan bersih RM60,000 dalam tempoh setahun bermula 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2020 secara part time.”

Matlamat seperti ini adalah bagus kerana mensasarkan fokus anda kepada:

  • Apa yang hendak dijual? : Tudung “eksklusif”.
  • Sasaran yang hendak dijual? : Wanita bekerjaya berusia 22-34 tahun, menetap di Melaka.
  • Cara promosi dan jualan: Secara online.
  • Keuntungan yang nak dibuat? : Untung bersih RM60,000
  • Bila anda mesti capai? : Dalam tempoh 1 tahun (1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2020).
  • Sepenuh masa / part time? : Buat secara part time.

Jika anda mahu tahu lebih lanjut mengenai cara setup bisnes, boleh baca PANDUAN INI.

02. Tiada Perancangan Untuk Capai Matlamat

Kebanyakan bisnes gagal disebabkan gagal merancang dan matlamat tanpa perancangan samalah seperti bermimpi di siang hari. Kita ambil contoh sebelum ini untuk buat contoh perancangan.

Jual Tudung “Eksklusif” : Rancang untuk dapatkan tudung “terbaik” dari segi kualiti, trend, modal & pilihan jualan.

  1. Kenalpasti tudung “hot” dari segi permintaan. Adakah dah lama hot, baru nak hot, dah lama hot, atau sentiasa hot dari segi trend?
  2. Kenalpasti pembekal terbaik: Pilih pembekal yang trusted, kos terbaik, sentiasa dapat penuhi keperluan stok, ada terma jualan dan refund.
  3. Pilihan jualan: Samada secara dropship, sebagai reseller atau stokis.
  4. Modal: Minimum untuk mula jual stok.

Sasaran jualan wanita bekerjaya berusia 22-34 tahun, menetap di Melaka. Jual secara  online : Rancang cara terbaik untuk reach, promote dan jual kepada golongan sasaran ini.

  1. Teknik kos berbayar; boleh guna Facebook Ads, sangat targeted. Buat settings untuk sex, age group, location dan seterusnya. Anda akan dapat sasaran yang anda mahukan! Baca DISINI.
  2. Teknik zero kos; ada banyak teknik antaranya post promosi di group-group bisnes setempat Facebook yang kena dengan lokasi sasaran anda. Menggunakan WeChat juga adalah salah satu cara yang anda boleh jual kepada sasaran berhampiran anda. Baca teknik WeChat.

Ini adalah 2 contoh perancangan dari matlamat yang anda tetapkan. Setiap komponen matlamat anda mesti ada perancangan. Dan tentu mengambil sedikit masa tetapi inilah sebenarnya yang akan “memandu” anda untuk capai matlamat anda nanti.

03. Tiada & Tak Cukup Ilmu "Know How"

Kadang-kala nak merancang pun tak pasti sebab anda tak tahu apa yang perlu dibuat sebenarnya. Dan lebih buruk lagi kebanyakan usahawan yang newbie cuba ber-eksperimen sendiri. Akhirnya kerugian kos, masa dan tenaga serta hilang motivasi. Jangan pilih jalan yang sukar yang menjadi sebab bisnes online gagal jika ada jalan pintas. Dapatkan panduan, bimbingan dan belajar dari kejayaan dan kegagalan dari mereka yang telah mengharunginya. Lebih mudah, murah dan pantas bagi anda! Lihat panduan-panduan popular yang dapat membantu anda DISINI.

04. Tiada & Tak Cukup Sumber

Ini adalah antara penghalang utama kejayaan bisnes. Kebanyakan usahawan yang baru nak mula selalunya underestimate atau overestimate sumber yang diperlukan. Ada yang terlebih berani teruskan juga niat buat bisnes walau tak cukup modal dan akhirnya bisnes terhenti diseparuh jalan sebab tak mampu teruskan. Ada juga yang overestimate dan mengeluarkan kos berlebihan hingga mengakibatkan keuntungan kecil dan tak balik modal. Jadi apa yang sepatutnya anda lakukan jika ada dilema seperti ini?

Perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah perlu adanya “Kertas Kerja”. Anda perlu senaraikan segala sumber yang anda perlukan, sebagai contoh; jumlah dan nilai stok diperlukan, jumlah pembantu dan kos upah (jika anda perlu pembantu), kos pemasaran dan pengiklanan, kos penghantaran dan pengeposan dan sebagainya. Kemudian kira dan jumlahkan untuk setiap bulan. Buat juga projection untuk jualan, barulah anda boleh tolak dengan kos-kos tadi untuk dapat nilai keuntungan. Apabila anda tahu kos sebenar yang anda perlukan dan keuntungan yang anda boleh perolehi, barulah anda tahu cukup atau tidak sumber yang anda ada.

Jika masih tak cukup, dengan Kertas Kerja yang sama tadi, anda boleh gunakan untuk dapatkan pinjaman atau geran dari institusi kerajaan mahupun swasta. Inilah sebabnya penting mempunyai perancangan yang teliti dan bertulis.

05. Produk atau Servis Tak Kompetitif

Seperti yang dibincang sebelum ini, penting untuk anda tahu samada produk yang anda jual ada permintaan yang tinggi atau tidak dan kemana hala tuju trend produk tersebut. Anda juga perlu tahu samada produk tersebut punyai faedah dan ciri-ciri seperti yang dijanjikan dan boleh bersaing dengan produk-produk lain diluar sana terutama dari segi kualiti dan harga. Memilih produk yang baik dari awal adalah penting terutamanya jika anda terpaksa membeli stok dahulu sebelum dijual. Anda mungkin akan hadapi lambakan stok dan mungkin terpaksa jual pada harga yang lebih rendah dengan keuntungan yang rendah semata-mata untuk menghabiskan stok tersebut! Pelajari cara research produk hot yang mudah dijual dengan pantas DISINI.

06. Produk atau Servis "Haram"

Salah satu sebab bisnes online gagal adalah kurangnya faham tentang bisnes yang dibolehkan atau yang haram. Yang dimaksudkan haram disini ada dua.

Pertama, dari segi syariah. Jika sasaran anda adalah prospek dan pembeli yang peka terhadap kepentingan produk atau servis yang patuh syariah, pastikan produk anda mematuhinya. Jika tidak, anda hanya akan membazirkan masa dan kos promosi.

Kedua, dari segi undang-undang, iaitu yang tiada kebenaran dan kelulusan dari kementerian-kementerian berkaitan. Sebagai contoh produk fizikal seperti ubat-ubatan dan supplement. Produk yang bukan fizikal pula seperti pelaburan dan kemudahan pinjaman. Jadi sebelum anda jual produk-produk yang menjanjikan bulan dan bintang atau yang menjanjikan “tambah kepanjangan anda 30 sentimeter dalam masa 30 saat”, pastikan produk-produk seperti ini telah dapat kelulusan dari kerajaan dahulu. Mungkin anda dapat buat keuntungan besar untuk seketika, tetapi jika tak bernasib baik, anda mungkin kehilangan bisnes, didenda, didakwa dan mungkin juga dipenjara! 

07. Tak Kenal Prospek Pasaran

Anda mungkin jumpa atau ada produk yang hebat, yang anda pasti akan meletup, ambil contoh Breast Pump yang sangat portable, tak perlu pegang, sambil memasak pun boleh guna, bateri tahan lama boleh dicaj, kuasa mengepam yang tinggi tanpa menyakitkan.  Anda pun terus order stok dari supplier dan terus buat iklan berbayar di Facebook. Setelah stok sampai dan ratusan ringgit habis untuk iklan, masih tiada tempahan. Kesilapan ini walaupun kecil, sering berlaku. Tak kenalpasti prospek dan pembeli! Anda mungkin promote kepada sasaran yang tak memerlukan, tak berkemampuan atau ada alternatif lain kepada breast pump yang anda cuba jual. Jadi, sebelum buat jualan, promosi dan mengiklan, pastikan dulu prospek sasaran anda!

08. Platform Pemasaran Yang Tak Efektif

Dalam era digital masa kini, anda boleh memasarkan pelbagai produk dan servis menggunakan pelbagai platform media sosial dan ecommerce. Namun, kebanyakan usahawan dan peniaga suka menggunakan platform yang mereka gemar dan mahir tanpa memikirkan samada jumlah prospek yang mereka perlukan ada diplatform tersebut atau tidak. Jadi pilihlah platform pemasaran yang sesuai dengan demografi prospek anda dan kuasai platform tersebut untuk dapatkan hasil yang maksimum. Lihat pilihan platform yang boleh DIGUNAKAN.

09. Tak Mempelbagaikan Saluran Jualan

Jika anda pemilik produk, stokis atau reseller dan bercita-cita mengembangkan bisnes, anda mesti ada pelbagai saluran jualan dan distribution. Bergantung pada satu saluran dan mengendalikan sendiri kesemuanya akan melambatkan growth bisnes, memakan kos yang tinggi serta sangat memenatkan. Cara terbaik adalah kembangkan bisnes anda secara bijak dengan sistem dropship atau sistem EJEN.

10. Kesukaran Pembeli Buat Bayaran

Pernahkah anda ke kedai untuk membeli barang dan akhirnya tak jadi beli disebabkan kedai tersebut tak terima kad debit atau tiada wang kecil untuk dipulangkan kepada anda? Kadang-kala sebab-sebab begini yang menghalang bisnes anda dari menjana jualan walaupun dah ada pembeli yang bersedia nak bayar! Faktor yang kecil ini boleh menyumbang kepada sebab bisnes online gagal yang tak perlu. Jadi, jika anda buat bisnes secara online, pastikan anda sediakan platform menerima bayaran yang pelbagai dan popular dikalangan pembeli anda. Dan jangan lupa pastikan step untuk buat bayaran adalah mudah dan tak menyusahkan pembeli seperti platform DISINI.

11. Tiada Database Pelanggan & Ejen

Bayangkan jika anda tiada rekod sistematik pelanggan yang telah membeli dengan anda berbanding pesaing yang ada, siapa yang akan lebih mudah untuk membuat jualan berulang dari pelanggan yang sama? Anda atau pesaing anda? Sudah tentu pesaing anda dan dengan kos yang jauh lebih murah berbanding dapatkan semula pelanggan-pelanggan. Dan dalam persaingan bisnes merebut pasaran dan pelanggan yang sama, anda akan ketinggalan! Jadi binalah sistem database yang sistematik yang boleh diakses pada bila-bila masa. Ini termasuklah untuk ejen-ejen bagi produk dan bisnes anda. Pilih cara yang BIJAK.

12. Tak Ambil Kira Faktor Musim & Trend

Jika anda memasarkan produk atau servis yang terkesan dengan musim dan trend, anda patut rancang langkah-langkah yang perlu diambil seawal yang mungkin. Contoh jika anda menganggarkan jualan akan merudum pada bulan Disember akan datang, apa yang anda boleh siap sedia untuk tanganinya? Mungkin lebihkan promosi, diskaun atau lebihkan jualan pada produk anda yang tak terkesan dengan trend tersebut.

Perancangan yang baik untuk newbie seperti anda adalah; ambil kalendar tahunan dan gred setiap bulan dengan ANGGARAN jualan dan permintaan seperti ini: A-Permintaan Maksimum, B-Permintaan Sederhana, C-Permintaan Minimum. Ini adalah anggaran yang anda tetapkan berdasarkan faktor-faktor yang mungkin mempengaruhi permintaan seperti cuti sekolah, cuti perayaan, bulan Ramadhan, Aidilfitri, agihan bonus dan dividen dan sebagainya. Kemudian rancang cara nak tackle turun naik trend permintaan ini. Satu lagi yang anda patut tak lupa ialah dalam setiap bulan juga ada trend tersendiri, iaitu awal bulan, tengah bulan, akhir bulan dan waktu orang ramai dapat gaji!

13. Tiada Promosi & Follow Up Berkesan

Kebanyakan usahawan dan peniaga menjual dan buat bisnes secara “one time deal”. Selepas selesai menjual atau promosi tiada lagi follow up. Ini mungkin disebabkan terlalu sibuk melayan pertanyaan atau pesanan yang masuk melalui facebook dan whatsapp. Sedangkan mereka yang telah membeli dengan anda mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk buat repeat order. Cara yang baik adalah mempunyai satu sistem yang dapat melayan pertanyaan, tempahan dan follow up secara automatik atau sekurang-kurangnya separa automatik. Ini akan mengurangkan bebanan tugas anda dan meningkatkan jualan.

14. Tidak Kawal Kos Pemasaran & Jualan

Kesilapan yang selalu dibuat adalah selagi nampak ada jualan selagi itulah dibuat iklan dan promosi berbayar walaupun hasil keuntungan jualan adalah lebih rendah berbanding kos untuk menghasilkannya. Mungkin pada awal anda setup iklan berbayar anda dapat jualan dan keuntungan yang tinggi. Tetapi setelah beberapa ketika, jualan dan keuntungan merudum. Jangan teruskan, ini sebab bisnes online gagal! Analisa apa yang berlaku. Apa penyebabnya? Adakah mungkin disebabkan orang telah bosan dengan copywriting iklan anda atau ada produk yang lebih berdaya saing berbanding produk anda? Analisa dan buat pembetulan.

Untuk pastikan anda sedar perkara ini, sentiasa rekod jualan dan kos pengiklanan. Simpan rekod secara harian, mingguan, bulanan dan seterusnya untuk buat perbandingan turun naik jualan dan keuntungan. Anda juga boleh tingkatkan kadar respon pada copywriting post dan iklan dengan menggunakan cara yang lebih EFEKTIF.

15. Pengurusan Sumber Yang Lemah

Setiap ringgit yang dapat dijimatkan adalah setiap ringgit yang boleh digunakan untuk mengembangkan lagi bisnes online anda untuk jana lebih banyak keuntungan. Ini tak bermaksud anda perlu jadi kedekut atau kurangkan segala kos sehingga sukar untuk buat jualan. Apa yang dimaksudkan adalah gunakan sumber yang minimum untuk dapatkan hasil yang maksimum, kemudian secara berperingkat, tingkatkan atau kurangkan kos tersebut untuk meningkatkan lagi tahap maksimum jualan dan keuntungan anda.

Lihat dan analisa setiap sumber yang anda gunakan untuk jana keuntungan yang boleh anda adjust ke tahap yang efisien; produk, upah dan kualiti pembantu, kos pemasaran, kos penghantaran, pengeposan dan sebagainya. 

16. Disiplin & Dedikasi Yang Lemah

Ini adalah masalah yang sering dihadapi terutamanya usahawan dan peniaga newbie dan mereka yang buat bisnes online secara part time. Sentiasa ingat setiap hari matlamat utama anda buat bisnes. Buat “Vision Board” dan tampal / letak ditempat yang anda selalu nampak. Buat jadual tugasan bisnes apa yang patut dibuat. Lihat setiap hari apa yang boleh anda improve. Sentiasa ingat bisnes anda ini ibarat bayi yang baru lahir, perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya sebelum dia boleh merangkak, berjalan dan menjaga anda pula nanti. Dan bisnes online ni bukan pun lama sangat nak kembangkan, kalau buat secara betul sepantas 24 jam pun boleh hasilkan jualan yang banyak! Jadi jaga disiplin, jangan putus asa.

17. Tak Up to Date & Tiada "Energy"

Buat bisnes online mesti sentiasa alert dan up to date dengan produk yang dijual, produk pesaing dan perubahan dalam persaingan. Anda tak alert, tak tak tahu perkembangan, anda akan jadi tak relevan kepada prospek serta pembeli. Cara paling mudah nak stay up to date dan sentiasa ada “energy” adalah dengan duduk dalam kalangan usahawan-usahawan bisnes online yang dah berjaya dan yang sentiasa meningkatkan tahap bisnes mereka. Follow mentor yang dah berjaya dengan teknik terbukti. Barulah anda tak rasa keseorangan dalam bisnes dan ada tempat nak tahu perkembangan semasa. Ini cara yang termudah. 

18. Tiada Inovasi & Peningkatan

Pepatah yang penting adalah “if you are not growing, you are dying”. Bisnes secara online adalah sangat dinamik. Selalu berubah, bermacam produk dan variasi baru. Lihat saja iPhone, ada saja model baru dikeluarkan. Ini adalah disebabkan setiap product ada “Life Cycle” tersendiri dan akhirnya diganti dengan produk atau model lain. Jadi bersedia berubah dengan inovasi. Stay up to date dan ambil langkah sebaik mungkin. 

19. Tiada Ikatan Perjanjian

Jika anda menjalankan bisnes dengan rakan kongsi, perlu ada perjanjian. Apa-apa boleh terjadi dipertengahan jalan. Dengan adanya perjanjian boleh mengelakkan ketidaksefahaman dan membantu kestabilan perjalanan bisnes anda. Ketahui cara termudah untuk buat PERJANJIAN.

20. Tiada Plan Kecemasan

Tanpa plan kecemasan, bisnes online anda mungkin akan lumpuh. Antara perkara-perkara yang seringkali memerangkap usahawan yang berniaga online adalah: supplier secara tiba-tiba berhenti jual stok, stok jualan yang sepatutnya sampai tidak kunjung tiba, pesaing secara tegar memotong harga dan anda tak boleh bersaing dengan harga tersebut, produk atau servis baru yang tiba-tiba muncul menyebabkan produk anda tidak lagi relevan, akaun pengiklanan facebook anda kena banned menyebabkan anda tak boleh mengiklan dan sebagainya.

Jadi, bina perniagaan anda dengan mengambil kira faktor-faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan bisnes anda. Senaraikan “ancaman” tersebut dan siap sedia dengan langkah yang perlu. Jika terjadi, sekurang-kurangnya anda dah tahu apa yang perlu dibuat dan dapat dibuat dengan pantas!

Info Terkini Terus Ke Email Anda!

  • Panduan, Tools, Template & Webinar Untuk Bina Pendapatan Anda.
  • Hebahan & Download Bahan-bahan Premium Percuma.
  • Pertandingan & Hadiah Menarik Khas Untuk Subscriber Email Ini.